20 September 2022, Barisan Pemimpin NUBE Cawangan Ipoh dianggotai oleh Sdr. Shahril, Sdr. Nizam & Sdri Sharen Kaur telah mengunjungi CIMB Bank, Hong Leong Bank & RHB Bank cawangan Menglembu, Perak.
Para Ahli telah dikemaskini dengan beberapa isu semasa yang berbangkit. Mereka juga dinasihatkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti aktiviti yang dianjurkan oleh NUBE.
Barisan pegawai NUBE turut mengadakan pertemuan bersama ACSM CIMB Bank Pn Karanjit Kaur dan di RHB Bank pulak sempat beramah mesra sambil minum kopi dengan Pengurus Cawangan En Twoon Kok Kay.
Para ahli merasa berpuas hati dengan maklumat-maklumat terkini dan amat gembira dengan kehadiran para pegawai NUBE ke cawangan mereka.