Seramai 8 delegasi daripada kesemua cawangan NUBE telah mengikuti kursus Pensijilan Jangka Pendek Penulisan Skrip yang telah berlangsung di Genovasi University College pada 23 September 2022 hingga 25 September 2022 dibawakan khas oleh Edvantic Edu Academy Sdn Bhd dan akreditasi oleh Genovasi University College.
Kursus selama tiga hari ini telah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan tayangan video pendek EEA yang dipertontonkan kepada tetamu-tetamu khas Dato'Mahyidin Mustakim (CEO CCAM) , Profesor Dr.Puniamurthy (Deputy Vice Chancellar GUC) , Profesor Dr.James Nga (President GUC) , Profesor Dr. Mohd Taipor Bin Shuhadah , Profesor Dr.Thomas Leong , Dato Seri Dr. Navin Nathan (Edvantic Board Director) , Bro J Solomon (General Secretary Of NUBE) , Dato Seri.Andrian , Mr.Dannv Lim (Registrar GUC) & Mr Siva dari Edvantic Edu Academy di ikuti kata-kata aluan oleh Encik MP Nathan yang merupakan Pengarah, Edvantic Edu Academy Sdn Bhd kepada tetamu khas dan para peserta. Sejurus kemudian, YBhg. Profesor Dr. Thomas Leong yang merupakan Naib Presiden, Genovasi University College (GUC) juga telah memberi sepatah dua kata dan sekaligus merasmikan kursus ini.
Kursus penulisan ini telah dijalankan oleh empat fasilitator yang berpengalaman penuh di dalam industri skil penulisan seperti YBHG . Datin Paduka Shuhaimi Baba yang merupakan pengarah dan penerbit yang tidak asing lagi di dalam negara, En Mohd Zaki Abdul Rahim, Cik Dayang Salsabillah dan En Darren Jerewin.
Skop kursus ini telah menekankan kepada bagaimana untuk membuat sebuah penulisan yang terbaik dengan cara yang lebih profesional. Selain dari itu, delegasi juga berpeluang untuk dapat mendalami skil bagaimana untuk menghasilkan video yang lebih tersusun dan menarik. Pelbagai idea dan cadangan juga telah dikongsikan oleh para fasilitator kepada semua yang mengikuti program yang berlangsung selama tiga hari ini.
Di penghujung kursus kesemua peserta telah diberi sijil penyertaan yang telah disampaikan oleh YBHG. Profesor Dr. Mohd Taipor Bin Shuhadah daripada Genovasi University College (GUC) sejurus selesai ucapan penutup beliau.