27 September 2022 - Alor Setar
Ahli-ahli di CIMB Persiaran Sultan Abdul Hamid, Alor Setar telah menjemput NUBE Penang/Kedah/Perlis untuk mesyuarat am bersama ahli-ahli.
NUBE Penang/Kedah/Perlis yang diwakili oleh Sdr. Tuan Haji Mohamad Ilyas, Ketua Zon merangkap Bendahari Kehormat NUBE Penang/Kedah/Perlis, Sdr. Zaini Halidan & Sdr. Mohamad Syukri Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja NUBE Penang/Kedah/Perlis.
Ahli-ahli mengambil kesempatan beramah mesra dengan pegawai-pegawai kesatuan yang mengunjungi mereka. Persoalan-persoalan yang diajukan adalah berkenaan PMS, skop kerja baharu call centre dan perkembangan terkini di sektor perbankan.
Ahli-ahli telah dinasihati agar menghargai pekerjaan yang sedia ada serta bersedia untuk menghadapi perubahan-perubahan yang bakal datang.
Tahniah diucapkan kepada Sdr. Abdul Manan yang telah menjalankan tugas IRC Chairman dengan sebaik mungkin. Semoga
lawatan pada kali ini dapat menjawap segala persoalan yang bermain di fikiran ahli-ahli. Syabas & Tahniah kepada semua yang terlibat.