29 September 2022, Butterworth, Pulau Pinang - Ahli Jawatankuasa NUBE NR-PKP Sdr Abdul Ghani Abu Bakar bersama Sdr Mohamad Rizal Othman serta diikuti oleh Ahli Jawatankuasa Kerja Sdr Mohd Shukri A.Hamid telah membuat lawatan ke beberapa cawangan di Taman Inderawasih, Butterworth, Pulau Pinang. Antara cawangan-cawangan Bank yang dilawati adalah RHB Bank, MBSB Bank, Maybank, Public Bank Dan Affin Bank Taman Inderawasih.
Pegawai-Pegawai NUBE NR-PKP telah berjumpa dengan ahli-ahli dan telah menyalurkan maklumat terkini yang sedang berlaku di industri perbankan serta isu pencabulan hak-hak pekerja di HSBC
Ahli-Ahli telah menyambut baik serta menerima kunjungan dan mengalu- alukan kehadiran Pegawai-Pegawai Kesatuan NUBE NR-PKP