29 September 2022, Barisan Pemimpin NUBE Cawangan Ipoh dianggotai oleh Naib Pengerusi Cawangan Sdr. Zubir Ahmad, serta diapit oleh ahli jawatankuasa cawangan Sdr. Shahril, Sdr. Nizam & Sdri. Sharen Kaur telah mengunjungi RHB Bank cawangan Gunung Rapat, Ipoh.
Para Ahli telah dikemaskini dengan beberapa isu semasa yang berbangkit. Mereka juga dinasihatkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti aktiviti yang dianjurkan oleh NUBE.
Barisan pegawai NUBE turut mengadakan pertemuan dengan Pengurus Cawangan En. Zulfakhri Bin Suliman
Para ahli merasa berpuas hati dengan maklumat-maklumat terkini dan amat gembira dengan kehadiran para pegawai NUBE ke cawangan mereka.