Kubang Kerian, Kelantan 29/09/22 - Barisan kepimpinan NUBE Cawangan Kelantan/Terengganu meneruskan sesi mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli bagi mengeratkan hubungan.
Sesi pertemuan telah diketuai oleh Bendahari Cawangan K/T, Sdra Mohd Helmie dan Ajk K/T Nur Zarina.
Mereka meluangkan masa untuk mengunjungi ahli-ahli di RHB dan Bank Islam cawangan Kubang Kerian.
Kepimpinan NUBE K/T menggunakan peluang itu untuk memberi penerangan mengenai isu-isu semasa yang menjadi perhatian. Pelbagai pandangan bernas telah dikongsi dalam sesi kali ini.
Selain itu, ahli-ahli turut dinasihatkan agar mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti anjuran NUBE. Kepimpinan NUBE K/T akan meneruskan tradisi ini bagi memantapkan hubungan di peringkat