04 Oktober 2022, Seberang Jaya, Pulau Pinang - Ahli Jawatankuasa Cawangan Sdr Abdul Ghani Abu Bakar bersama Sdr Mohamad Rizal Othman serta diikuti oleh Ahli Jawatankuasa Kerja Sdr Mohd Shukri A.Hamid telah membuat lawatan ke beberapa cawangan Bank di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Antara cawangan-cawangan Bank yang dilawati adalah Public Bank, Maybank Hong Leong Bank CAC dan Hong Leong Bank Seberang Jaya.
Pegawai-Pegawai NUBE telah berjumpa dengan ahli-ahli dan telah menyalurkan maklumat terkini yang sedang berlaku di industri perbankan, program-program education Serta seminar yang telah dan akan dianjurkan oleh NUBE kepada setiap ahli-ahli di NUBE NR PKP dan tidak lupa bantahan beberapa pindaan RUU Akta Kesatuan 1959.
Ahli-Ahli telah menyambut baik serta menerima kunjungan dan mengalu- alukan kehadiran Pegawai-Pegawai Kesatuan NUBE.