Kuala Lumpur 5 Oktober 2022 Ahli Jawatan Kuasa NUBE KLSP telah dijemput untuk mengadakan sesi mesyuarat bersama ahli ahli NUBE di Public Bank Cawangan Kuala Lumpur setelah sekian lama tidak dapat bermesyuarat dan bersemuka kerana kekangan masa dan wabak yang telah melanda pada 2020 sehingga 2021.
Ahli Jawatankuasa NUBE KLSP mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatan Kuasa penyelaras terutamanya Sis Thilaga, Bro Hisham, dan Bro Kamal di Public Bank Cawangan Kuala Lumpur dan Menara kerana berjaya mengumpulkan Ahli-ahli bagi mesyuarat tersebut.
Ahli-ahli disana sangat teruja kerana mesyuarat tersebut dihadiri oleh Pengerusi Ahli Jawatan Kuasa KLSP Bro J Solomon juga ditemani oleh Bro Faisal Bin Husin selaku timbalan pengerusi NUBE KLSP. Mereka juga sangat gembira dengan penerangan berkaitan perjanjian Kolektif 2021-2023 yang disampaikan sendiri oleh Bro J.Solomon yang merupakan Setiausaha Agung NUBE.
Turut serta di dalam mesyuarat tersebut Bro Mohd Fauzie bersama Bro Shah Irwan Jawatan Kuasa kerja NUBE KLSP dan merangkap ketua zon bagi cawangan tersebut.