5 Oktober 2022, Kedah - Ahli - ahli NUBE NR PKP di CIMB cawangan Wisma Ria Sungai Petani hari ini menyambut baik kunjungan dari Pegawai NUBE NR PKP yang diwakili oleh Sdri Siti Haryati dan Sdri Suhaili selaku Ketua Zon 2 bersama AJK kerja Sdri Nurul Huda.
Pada asasnya,perjumpaan ini membawa kepada mengukuhkan solidariti antara ahli dan pemimpin serta menyalurkan pelbagai informasi dari kedua belah pihak berkaitan Kesatuan dan permasalahan di tempat kerja.
Satu Mesyuarat Agung Tahunan ( AGM) juga telah dilaksanakan di RHB Bank cawangan Bakar Arang bagi perlantikan IRC sesi 2022/2023. Sorotan pelbagai isu berbangkit serta solusinya juga dibahaskan melalui mesyuarat yang berlangsung selama 2 jam ini.
Ahli - ahli dinasihatkan untuk sentiasa meningkatkan ilmu pekerjaan dan Kesatuan agar dapat mempersembahkan mutu kerja yang terbaik sekaligus menjadi Ahli NUBE yang berkualiti.
Ahli - ahli juga dijemput untuk menghadiri majlis rumah terbuka Deepavali yang bakal diadakan pada 28 Oktober 2022 di Union House NUBE NR-PKP dan Seminar OSH di Sg Petani Kedah 19 Nov 2022 nanti.
#HIDUPNUBE