CAMERON HIGHLANDS, 11 October 2022: NUBE Ipoh telah menganjurkan program “Intermediate Level Seminar” di sini pada 6 hingga 8 October lalu bagi memperkasakan ahli kesatuan.
Pengendalian seminar telah diketuai oleh Timbalan Setiausaha Agung Sdri A Karuna dan Bro Yushamizan dan di bantu oleh, Bro Edwin Salomon dan Bro Mohamed Syukri.
Untuk memantapkan lagi seminar ini, Setiausaha Agung NUBE, Bro J Solomon memberi semangat dan nasihat kepada para peserta.
Para peserta sangat positif dan bersemangat dengan mengikuti seminar ini. Para peserta merakamkan rasa bersyukur kerana diberi peluang untuk menimba ilmu pengetahuan baharu.
Mereka juga telah dapat memahami perjuangan NUBE dalam melindungi hak ahli serta tanggungjawab mereka sebagai ahli dalam memartabatkan hak-hak pekerja.
NUBE Ipoh juga merakamkan tahniah kepada semua ahli yang menyertai program ini.