12 Oktober 2022 Jln kg Baru , Sg Petani - Ahli - ahli NUBE di CIMB Bank Cawangan Jln Kg Baru hari ini mengalu-alukan kehadiran Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen selaku Pengerusi Cawangan bersama Bendahari Kehormat Sdr Haji Mohamad Ilyas di Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di CIMB Bank Kampung Baru bagi sesi 2022/2023.Turut hadir ketua Zon Sdri Siti Haryati dan Sdri Suhaili bersama Sdri Nurul Huda dan Sdr Elias selaku Ahli Jawatankuasa Kerja.
Sdr Abdul Jamil menerusi ucapan perasmian mesyuarat menekankan beberapa aspek penting yang perlu dipelihara dan dibajai agar mampu bersama menghadapi cabaran dalam kesatuan dan perbankan.
Semangat solidariti dan ukhwah yang bermula dari akar umbi inilah yang bakal menyatukan hati- hati kesemua ahli - ahli NUBE untuk terus memberi sokongan kepada usaha pemimpin- pemimpin Kesatuan untuk mendukung VISI & MISI NUBE.
Mesyuarat diteruskan dengan pelantikan IRCs dimana kesemua ahli -ahli bersetuju dan sebulat suara dengan pelantikan seperti berikut:
Sdri Yuslina : Pengerusi
Sdr Munir : Setiausaha
Sdri Harpreet : Bendahari
Sdri Azlina : AJK
Diharapkan IRCs yang telah dilantik akan memainkan peranan dengan baik.
Syabas dan Tahniah diucapkan.