13 Okt 2022, Bayan Lepas - Sesi lawatan kerja pegawai - pegawai NUBE NR PKP hari ini di Maybank Cawangan Bukit Jambul telah di wakili oleh AJK Cawangan Sdra Zainul bersama AJK Kerja Sdra Alvin Chong dan Sdri Mazira Nazir.
Lawatan kerja kali ini memberi peluang kepada ahli - ahli NUBE untuk berkongsi pelbagai info selain merapatkan ukhwah bersama.
Ahli - ahli juga diberi pendedahan yang lebih jelas berkaitan isu RUU yang sedang rancak dibahaskan dimana kepelbagaian Kesatuan ini sebenarnya akan mewujudkan pelbagai kesan negatif serta mengundang kepada perpecahan. Sekaligus akan melemahkan suara - suara pekerja dalam memperjuangkan hak - hak pekerja itu sendiri.
Oleh yang demikian adalah perlu untuk kita semua terus kekal bersatu dan memantapkan solidariti dalam menghadapi cabaran yang bakal mendatang.