13 Oktober 2022 , Bayan Lepas - Sesi lawatan Zon 6 diteruskan lagi oleh AJK Cawangan Sdra Zainul bersama AJK kerja Sdra Alvin dan Sdri Mazira di sekitar Bayan Lepas.
Ahli - ahli NUBE dari Hong Leong Bank dan RHB Bank Cawangan Bayan Lepas berbesar hati dengan kehadiran Pegawai - pegawai NUBE NR PKP di Cawangan Bank masing - masing.
Ahli - ahli telah dijemput hadir ke Majlis Rumah Terbuka Perayaan Deepavali yang akan diadakan pada 28 Oktober 2022 , bertempat di NUBE House ,Penang.
Selain itu ahli - ahli juga dinasihatkan agar sentiasa mengambil bahagian dalam setiap aktiviti anjuran NUBE bagi melahirkan ahli yang berkualiti dan memupuk semangat solidariti.
Ahli - ahli sangat berterima kasih dan berpuas hati dengan lawatan kerja yang dijalankan.