12 Oktober 2022, Barisan Pemimpin NUBE Cawangan Ipoh, Pengerusi, Bro. Syukri Mustafa, Setiausha Cawangan, Bro Edwin Salomon dan Ahli Jawatankuasa Bro. Nasirudin mengunjungi CIMB Commercial Banking Centre, Perak.
Para Ahli telah dikemaskini dengan beberapa isu semasa yang berbangkit. Mereka juga dinasihatkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti aktiviti yang dianjurkan oleh NUBE.
Para ahli merasa berpuas hati dengan maklumat-maklumat terkini dan amat gembira dengan kehadiran para pegawai NUBE ke cawangan mereka.