NUBE KLSP telah berkunjung dari
Pelangkah ke Pulau Tambang
Mudik bergalah menyusur Peramu
Demikian kisah Negeri Pahang
Nama timangan Darul Makmur.
buat kali ke-2 daripada 12 hingga 14 Oktober 2022 untuk Misi Jelajah Zon Pahang.
Pasukan Pertama diketuai oleh Bendahari Kehormat, Sdra Mohd Rahmat bersama AJK Sdri S Ratnesh dan Sdra Yushamizan.
Pasukan ini turut ditemani oleh tiga se-kawan Pahang, Sdra Zulfadli, Sdra Sujairi dan Sdri Tiffany Giam, Jawatankuasa Kerja Pahang yang sedang belajar membina skil dan ilmu Kesatuan Sekerja.
Bersama-sama Pasukan ini telah menyantuni ahli-ahli NUBE di Bandar Pusat Jengka ke Kuantan, kemudian ke Pekan, Kuala Rompin, Muadzam Shah, Kemayang, Triang dan Temerloh.
Perjumpaan bersama ahli-ahli di Maybank Bukit Ubi di Kuantan juga telah diadakan.
Ahli-ahli mendapat maklumat terkini NUBE, industri perbankan serta kesedaran bertapa pentingnya sesebuah kesatuan terutamanya kesatuan NUBE.
Ahli NUBE juga memahami bahawa setiap ahli adalah ramuan penting dalam aduan yang membentuk NUBE. Perpaduan, semangat serta keberkesanan NUBE ditentukan oleh ahli NUBE.