Sungai Genuk Sungai Mat Dulang
Yang ketiga Pulau Keladi
Badan gemuk tinggal tulang
Rindu menggoda di pintu hati…
Begitulah kasih Keluarga NUBE yang mendorong
NUBE KLSP berkunjung lagi ke negeri Pahang.
Daripada 12 hingga 14 Oktober 2022 Misi Jelajah Zon Pahang, Pasukan Ke-2, telah diketuai oleh Naib Pengerusi NUBE KLSP Sdra Mohd Faisal Husain bersama AJK Sdra Mohd Fauzie Yusoff.
Pasukan ini telah mulakan jelajah daripada
Public Bank Cawangan Jerantut Pahang berjumpa dengan IRC Sis Kala Devi serta ahli-ahli untuk mengadakan sesi perlantikan IRC.
Pasukan KLSP ini ditemani bersama oleh Bro Baharudin Jelah dan Bro Jamaluddin Ismail yang merupakan ahli yang juga sedang belajar skil dan ilmu pengetahuan Kesatuan.
Jelajah ini telah yang bermula daripada Bentong, Jerantut, Kuala Lipis, Raub sehingga ke Bentong untuk berkongsi dengan ahli-ahli maklumat terkini NUBE, industri perbankan serta pentingnya kesatuan NUBE.
Ahli NUBE juga memahami bahawa setiap ahli adalah ramuan penting dalam aduan yang membentuk NUBE. Perpaduan, semangat serta keberkesanan NUBE ditentukan oleh ahli NUBE.