18 Oktober 2022 Autocity, Juru - Ahli - ahli NUBE di Maybank Cawangan Autocity hari ini mengalu-alukan kehadiran Sdr Abdul Ghani Abu Bakar bersama Sdr Mohamad Rizal Othman Ahli Jawatankuasa Cawangan serta diikuti oleh Ahli Jawatankuasa Kerja Sdr Mohd Shukri A.Hamiddi Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di Maybank Cawangan Autocity bagi sesi 2022/2023.
Sdr Abdul Ghani menerusi ucapan perasmian mesyuarat menekankan beberapa aspek penting yang perlu dipelihara dan dibajai agar mampu bersama menghadapi cabaran dalam kesatuan dan perbankan.
Semangat solidariti dan ukhwah yang bermula dari akar umbi inilah yang bakal menyatukan hati- hati kesemua ahli - ahli NUBE untuk terus memberi sokongan kepada usaha pemimpin- pemimpin Kesatuan untuk mendukung VISI & MISI NUBE, ahli-ahli juga telah di terangkan keadaan terkini yang sedang berlaku di industri perbankann Serta isu pencabulan hak-hak pekerja di HSBC Serta tidak lupa bantahan beberapa pindaan RUU Akta Kesatuan 1959.
Mesyuarat diteruskan dengan pelantikan IRCs dimana kesemua ahli -ahli bersetuju dan sebulat suara dengan pelantikan seperti berikut:
Sdr Zulkifli : Pengerusi
Sdri Sharizad : Setiausaha
Sdri Yasmin. : AJK
Sdri Noorashikin : AJK
Sdr Zaidi :AJK
Sdr Chandran : AJK
Bagi menjalin hubungan harmoni, kepimpinan NUBE juga mengadakan pertemuan dengan Pengurus Cawangan Maybank En Ismanizal Ibrahim
Diharapkan IRCs yang telah dilantik akan memainkan peranan dengan baik.
Syabas dan Tahniah diucapkan.