19 Oktober 2022 Seberang Jaya - Ahli - ahli NUBE di Hong Leong Bank Cawangan Prai Mortgage Center, Seberang Jaya hari ini mengalu-alukan kehadiran Sdr Abdul Ghani Abu Bakar bersama Sdr Mohamad Rizal Othman Ahli Jawatankuasa Cawangan serta diikuti oleh Ahli Jawatankuasa Kerja Sdr Mohd Shukri A.Hamid di Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di Hong Leong Cawangan Prai Mortgage Center, Seberang Jaya bagi sesi 2022/2023.
Sdr Abdul Ghani menerusi ucapan perasmian mesyuarat menekankan beberapa aspek penting yang perlu dipelihara dan dibajai agar mampu bersama menghadapi cabaran dalam kesatuan dan perbankan.
Semangat solidariti dan ukhwah yang bermula dari akar umbi inilah yang bakal menyatukan hati- hati kesemua ahli - ahli NUBE untuk terus memberi sokongan kepada usaha pemimpin- pemimpin Kesatuan untuk mendukung VISI & MISI NUBE.
Kesemua ahli juga diberikan borang "Change Of Nominee - Benevolent Fund" diminta untuk mengemaskini data supaya memudahkan ahli-ahli di kemudian hari.
Mesyuarat diteruskan dengan pelantikan IRCs dimana kesemua ahli -ahli bersetuju dan sebulat suara dengan perlantikan IRCs baru dan mengharapkan kesemua kebajikan ahli-ahli terbela.
Diharapkan IRCs yang telah dilantik akan memainkan peranan dengan baik.
Syabas dan Tahniah diucapkan.