Ahli Jawatan Kuasa NUBE KLSP, Sdra Mohd Faisal Husin telah hadir bersama-sama ahli ahli NUBE di Bank Islam Berhad Bandar Sri Permaisuri Cheras Kuala Lumpur .
Ahli-ahli di sana dipimpin oleh IRC Sis Nor Syazlina Abd Samad telah berkongsi rintitan hati mereka dan mohon pandangan NUBE didalam pelbagai perkara dan isu isu pekerjaan mereka untuk pemahaman ahli.
Sdar Mohd Faisal telah berikan pandangan beliau dan cara mengambil tindakan secara berkesan supaya mereka dapat fahami dan pelajari cara-cara mengutarakan masalah mereka.
Sdra Mohd Faisal juga telah berikan nasihat berkenaan keperluan ahli-ahli bersedia menerima perubahan di dalam industri perbankan serta sedar akan hala tuju pekerjaan zaman ini.
Mesyuarat yang bermula pada jam 6.00 petang berakhir pada jam 9.00 malam turut menjalankan perlantikan IRC.
Sdra Mohd Faisal juga telah berkongsi berkaitan proses perjalanan perjanjian bersama untuk pemahaman ahli ahli disana di akhir mesyuarat
Semua ahli yang hadir telah berpuashati dan mengucapkan terima kasih kepada pihak kepimpinan NUBE Malaysia dimana atas perkongsian dan bersyukur adanya NUBE.