NUBE Cawangan Ipoh, dengan kerjasama Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh telah menganjurkan Kempen Derma Darah di AEON, Kinta City pada 15 Oktober 2022 dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang.
Seramai 120 penderma terdiri daripada ahli NUBE serta orang ramai tampil menyertai usaha murni ini. Selepas menjalani pemeriksaan kesihatan dan ujian darah oleh anggota perubatan, 78 peserta berjaya menderma darah mereka.
Kesemua penderma selain dibekalkan dengan minuman dan biskut berkhasiat, turut disampaikan cenderahati berupa produk kesihatan tajaan Hovid Berhad, WDE Distribution (M) Sdn Bhd dan Say Kin Enterprises (M) Sdn Bhd.
Kempen ini diakhiri dengan ucapan penghargaan daripada kakitangan perubatan kepada NUBE dan mengulas kempen tersebut telah dianjurkan dengan jayanya.