19 Oktober 2022, Barisan Pemimpin NUBE Cawangan Ipoh diangotai Sdr. Shahril, Sdr. Nizam & Sdri. Sharen Kaur telah mengunjungi Maybank cawangan Jelapang, Perak.
Para Ahli telah dikemaskini dengan beberapa isu semasa yang berbangkit. Mereka juga dinasihatkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti aktiviti yang dianjurkan oleh NUBE.
Barisan pegawai NUBE turut mengadakan pertemuan dengan Pengurus Cawangan En. Kenny Yong Chun Meng.
Para ahli merasa berpuas hati dengan maklumat-maklumat terkini dan amat gembira dengan kehadiran para pegawai NUBE ke cawangan mereka.