19 Oktober 2022, Barisan Pemimpin NUBE Cawangan Ipoh dianggotai Ahli Jawatankuasa cawangan Sdr Thiagarajan, Sdr Nasiruddin dan Sdr Gobiraj telah mengunjungi Public Bank cawangan Sungai Siput, Perak.
Para Ahli telah dikemaskini dengan beberapa isu semasa. Mereka juga dinasihatkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti aktiviti yang dianjurkan oleh NUBE.
Para ahli merasa berpuas hati dengan maklumat-maklumat terkini dan amat gembira dengan kehadiran para pegawai NUBE ke cawangan mereka.