Georgetown, Pulau Pinang, 29.10.2022-
NUBE Northern Region PKP yang diketuai oleh Pengerusi NUBE NR-PKP merangkap Timbalan Presiden NUBE Malaysia Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen dan bersama-sama dengan beliau adalah Ahli Jawatankuasa Cawangan dan juga Ketua Zon 4 Sdr Karthigasan Nadarajan hadir ke Mesyuarat Tahunan (AGM) Public Bank Bukit Mertajam di Pejabat NUBE NR-PKP, Pulau Pinang.
Menerusi mesyuarat ini, ahli-ahli dinasihatkan supaya menjaga kecekapan dan tatatertib ditempat kerja, meningkatkan ilmu pekerjaan dan bersedia untuk menggalas tugasan perbankan yang baru untuk terus kekal relevan dan mengaktifkan diri dalam aktiviti Kesatuan agar segala cabaran dalam sektor perbankan mampu dihadapi bersama.
Selain itu, IRC dan ahli-ahli sangat berpuashati dengan penjelasan yang diberikan berkaitan perkongsian permasalahan ditempat kerja dan berterima kasih kepada Pegawai-Pegawai NUBE NR yang hadir walaupun ianya diadakan pada hari Sabtu, Syabas dan tahniah buat perlantikan Ahli Jawatankuasa Penyelaras (IRCs) yang baru bagi sesi 2022 - 2023 dan semoga IRCs yang telah dilantik memainkan peranan yang penting bagi mengekalkan keharmonian di tempat kerja.
Sementara itu, ahli-ahli diberi pendedahan serta penerangan tentang perjuangan Gabungan Menentang Kepelbagaian Kesatuan Sekerja (CAMU). Pegawai - Pegawai NUBE NR - PKP serta Ahli-Ahli NUBE PBB Bukit Mertajam sebulat suara telah membuat bantahan keras terhadap "kepelbagaian kesatuan sekerja" bahawa RUU Kesatuan Sekerja ini akan memusnahkan hak pekerja dan keharmonian di tempat kerja. Hidup Pekerja!