Hanoi – 28 Okt 2022. Satu seisi lawatan NUBE bersama Pemimpin Sektor Kewangan kedua sebuah negara di ASEAN telah berlangsung sini. Delegasi NUBE Presiden NUBE Bro Tan Eng Hong dan Setiausaha Agung NUBE Bro J Solomon telah disambut baik oleh Naib Presiden Tetap VNUBW Bro Nguyen Van Tan, Naib Presiden Puan Nguyen Khanh Chi dan Naib Presiden Encik Tran Hong Tuan.
Pertemuan itu adalah untuk mengukuhkan perjanjian dua hala sedia ada di antara NUBE dan VNUBW sambil berkongsi cabaran yang dihadapi oleh kedua-dua Kesatuan semasa wabak dan bagaimana ia diuruskan dengan jayanya.
NUBE berasa amat gembira apabila mengetahui bahawa Kerajaan dan VNUBW mempunyai perjanjian bersama bahawa semua pekerja akan diberi latihan kerja semula dalam menyesuaikan sistem pendigitalan di Vietnam dalam sektor perbankan untuk kekal relevan dan terjamin keselamatan sepanjang tempoh perkhidmatan. Oleh itu, tiada pekerja bank yang diberhentikan.
NUBE mendapat keistimewaan dalam perjumpaan ini dengan memperolehi lebih banyak maklumat tentang bagaimana Republik Sosialis Vietnam yang telah berkembang secara meluas berbanding dengan negara-negara kapitalis.
Mesyuarat dimulakan pada jam 10.00 pagi dan sejurus itu diteruskan dengan jamuan makan tengah hari sehingga jam 3.00 petang. Usaha sama ini telah membuahkan hasil dengan mengadakan seisi perbincangan beberapa hal dan perkara yang mempunyai kepentingan bersama. Walaupun hanya satu hari ia adalah satu pertemuan yang baik dan amat bermakna kerana perjumpaan ini berjaya dan dapat perhatian kepada perkara-perkara yang menarik minat kedua-dua pihak.
Delegasi NUBE kembali semula keesokan harinya ke Kuala Lumpur selepas pertemuan yang baik dengan jayanya di Hanoi dengan pemimpin tertinggi VNUBW.