Kesatuan Sekerja hanya boleh menjadi suara yang diiktiraf secara besar-besaran dalam usaha mewakili mereka yang tertindas dalam masyarakat. Kesatuan Sekerja tidak mampu bersaing dengan ahli-ahli perniagaan, kecil atau besar, dimana ia melibatkan kuasa kewangan.
Kerajaan menganggap Kesatuan Sekerja sebagai suatu ancaman, terutamanya apabila kesatuan-kesatuan bersatupadu. Datuk Seri Saravanan dan Datuk Halimah baru-baru ini berusaha bersungguh-sungguh mengancam kekuatan kesatuan sekerja dan pekerja-pekerja dengan menyalahgunakan jawatan mereka sebagai ahli parlimen dalam sesi parlimen yang lepas.
Bacaan kedua mengusulkan RUU untuk meminda akta Kesatuan Sekerja 1959, “di tujukan untuk mengurangkan kekuatan dan kuasa kesatuan serta pekerja-pekerja merunding d inegara kita. Dengan membenarkan dan mempromosikan kepelbagaian kesatuan dalam sesebuah majikan untuk skop yang sama adalah strategi “memecah dan memerintah”.
Taktik ini digunakan oleh penjajah British untuk memecah-belahkan rakyat Malaysia kini digunakan untuk memecah-belahkan pekerja-pekerja. Majikan bebas mencipta kesatuan boneka supaya dapat menerajui kesatuan-kesatuan ini.
Bacaan kedua mengusulkan rang undang-undang di kemukakan oleh Saravanan (Tapah) dan di sokong oleh Halimah binti Mohamed Sadique (Kota Tinggi) di Parlimen pada 4 hb Oktober 2022.
Dalam usaha mengusulkan RUU tersebut, Saravanan menekankan kerajaan telah mengambil langkah inisiatif dalam memperbaharui undang-undang buruh yang menjamin kesejahteraan pekerja dan mewujudkan tempat kerja yang harmoni. Dakwaannya adalah sandiwara mutlak.
Pada tahun 2017 Mahkamah Persekutuan, yang diketuai oleh lima Hakim yang ariff, berpendapat bahawa, “ia harus disedari oleh DG bahawa kepelbagaian kesatuan sekerja berkenaan pekerjaan yang sama tidak akan memupuk keharmonian industri”. Saravanan sedar sepenuhnya akan akibatnya tetapi terus bertindak bertentangan keputusan 5 Hakim yang ariff Mahkamah Persekutuan.
Tindakan kedua-dua bekas Ahli Parlimen telah mengkhianati amanah 15 juta pekerja dan bersama mereka ada Ahli-Ahli Parlimen lain yang berkeras mahu melemahkan Kesatuan Sekerja dan kita akan menamakan mereka satu persatu tidak lama lagi.
CAMU menggesa Pekerja-Pekerja di negara secara tegas harus TOLAK mana-mana calon di kawasan pilihan raya yang menentang serta menghalang kebajikan pekerja dan Kesatuan Sekerja.
Saudara Rudy Rusly
Pengerusi CAMU
Sumber :
https://camu.info/2022/11/02/kenyataan-media-datuk-seri-saravanan-dan-datuk-halimah-membelot-15-juta-pekerja/