Perjumpaan ahli ahli NUBE di RHB Bank, Ipoh Garden
1hb November 2022, Barisan Pemimpin NUBE Cawangan Ipoh dianggotai Sdr. Shahril, Sdr. Nizam dan Sdri. Sharen Kaur telah mengunjungi RHB Bank cawangan Ipoh Garden, Perak.
Para Ahli telah dikemaskini dengan beberapa isu semasa yang berbangkit. Mereka juga dinasihatkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti aktiviti yang dianjurkan oleh NUBE.
Barisan pegawai NUBE turut mengadakan pertemuan dengan Pengurus Cawangan Ms. Yvonne Wong.
Para ahli merasa berpuas hati dengan maklumat-maklumat terkini dan amat gembira dengan kehadiran para pegawai NUBE ke cawangan mereka.