Mengunjungi ahli-ahli NUBE Bank Islam cawangan jalan sultan yahya Petra(CTU) Kota Bharu Kelantan. 06/11/22: Barisan kepimpinan NUBE Cawangan Kelantan/Terengganu meneruskan sesi mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli bagi mengeratkan hubungan
Sesi pertemuan telah diketuai oleh Pengerusi Cawangan K/T, Sdra Mohd Azizul Bin Fouzi dan Bendahari K/T saudara Helmi Bin Ahmad
Mereka meluangkan masa untuk mengunjungi ahli-ahli di Bank Islam cawangan jln sultan yahya Petra (CTU) Kota Bharu Kelantan.
Kepimpinan NUBE K/T menggunakan peluang itu untuk memberi penerangan mengenai isu-isu semasa yang menjadi perhatian. Pelbagai pandangan bernas telah dikongsi dalam sesi kali ini.
Selain itu, ahli-ahli turut dinasihatkan agar mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti anjuran NUBE. Kepimpinan NUBE K/T akan meneruskan tradisi ini bagi memantapkan hubungan di peringkat akar umbi.