Pulau Pinang, 8 November 2022 - Affin Bank Wisma Pelaut dan Public Bank Harbour Trade telah dikunjungi oleh Pegawai-pegawai NUBE NR PKP hari ini, diwakili oleh Ahli Jawatankuasa Cawangan Sdri Sonia bersama Ahli Jawatankuasa Kerja Saudara Ch'ng Alvin dan Sdri Mazira.
Ahli - ahli bersatu hati untuk terus memberikan sokongan kepada setiap perjuangan Kesatuan. Terkini mengenai bantahan terhadap RUU Akta Kesatuan Sekerja Pindaan 2022 perlulah dimansuhkan. Hal ini bagi mengelakkan berlaku kehancuran sesama sendiri dan demi memelihara perpaduan pekerja.
Pelbagai isu-isu berbangkit telah dibincangkan & ahli-ahli dinasihati dengan sewajarnya.
Ahli-ahli turut gembira dengan kehadiran Pegawai-pegawai NUBE NR PKP.