NUBE SMJ telah mengadakan seminar terakhirnya untuk tahun 2022 ini. Seminar Tahap Lanjutan tersebut telah diadakan pada 9 November hingga 12 November 2022.
Seminar 4 hari itu telah berjaya dengan jayanya kerana peserta bukan sahaja mempelajari tafsiran Perjanjian Kolektif, Kemahiran Pengucapan Awam, Inkuiri Dalam Negeri tetapi juga aktiviti luar yang mencabar.
Seramai 28 peserta dari pelbagai bank telah mengambil bahagian dalam seminar ini.
Acara kemuncak seminar dan sesi dialog bersama para peserta telah disempurnakan bersama Setiausaha Agung Bro J Solomon yang mana telah diadakan di penghujung acara seminar.
Seminar ini dikendalikan sendiri oleh Setiausaha Cawangan Bro Tan Eng Hong dan dibantu oleh Bro Kamaruddin dan Sis Evelyn Chan. Berdasarkan maklum balas, semua peserta sangat gembira dan tidak sabar menunggu untuk menyertai aktiviti seterusnya yang dianjurkan oleh NUBE.