Sambutan Majlis Hari Raya Deepavali NUBE KLSP telah berlangsung dengan jayanya pada 12 November 2022 bersama Karunai Illam Transit Home dan Kanak-Kanak Kpg Gabai serta ahli-ahli NUBE.
Pengerusi NUBE yang juga Setiausaha Agung NUBE Sdra J Solomon dalam Ucaptama beliau berkata:
Deepavali seperti mana yang kita tahu ialah perayaan “Cahaya”. Ertinya, cahaya menerangi kegelapan yang melambangkan KUASA KEBAIKKAN. Kebaikkan yang menyemai nilai-nilai murni dalam diri kita untuk menjadi individu yang lebih baik demi diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
PRINSIP KUASA KEBAIKKAN ini adalah asas untuk semua agama dan masyarakat.
Perayaan yang terbaik adalah kemesraan berkumpul bersama dan merayakan momen festival ini yang mempererat persaudaraan kita.
Begitu juga di NUBE KLSP; kita berpegang kepada prinsip yang mulai ini. Bagi setiap perayaan kami mengadakan majlis bersama dan berkongsi serba sedikit sumber pendapatan kita bersama mereka yang benar-benar memerlukannya.
Deepavali NUBE KLSP tahun ini, diraikan bersama kanan-kanak istimewa daripada rumah Transit Home Karunai Illam di Taman Dadang, Ulu Langat.
Anak-anak Kampung Asli, Gabai juga turut hadir untuk Majlis ini sebagai satu lagi program Lawatan Sambil Belajar tajaan NUBE KLSP.
Semoga kita semua diberkahi dalam hidup ini menjadi manusia yang bermanfaat untuk orang lain dan masyarakat ini demi membina silaturahim yang benar-benar bermakna, kata Solomon.
Selain daripada kehadiran kanan-kanak dan ahli-ahli, kehadiran Badut telah benar-benar menghiburkan bukan sahaja kanan-kanak, malah juga yang dewasa.
Solomon telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli-ahli yang memberi sumbangan:
1. Sdra Tamilarasan A/L Neelamegam, Alliance Bank, Ibu
Pejabat.
2. Sdri Nor Laila Akma, CIMB Bank Training Centre
3. Sdri Ajit Kaur, Public Bank, Taman Desa
4. Sdra Jai Kumar, Public Bank, Taman Desa
5. Sdri Herdawati, IRC RHB Bank Taman Suntex
6. Sdri Thilaga Suppiah, Public Bank Ibu Pejabat
7. Sdri Thilagavathy, Hong Leong, Sg Chua
8. Sdri Lee Ann, Public Bank Medan Idaman
9. Sdra Lailatul Munirah, Public Bank Genting Highland
10. Sdri B. Vimala, HSBC Bank, Petaling Jaya
11. Sdri Saha Malisa Zulkifli, HSBC PJ
12. Sdri Noramieza Binti Arshad, HSBC PJ
13. Sdri Rajeswary Krishenan, HSBC PJ
14. Sdra Muhammad Mu'az Mohd Zulaini, Public Bank, Wangsa
Maju
15. Sdri Azlinda Binti Abu Bakar, MUFG Bank
16. Sdra Sugumaran Subramaniam, MUFG Bank
17. Sdra Yeow Kai Xien, RHB Bank Taman Indah
18. Sdri Nooranira Binti Mahat, RHB Taman Indah
19. Sdra Abdul Rahman Kasmani, CIMB Bank Serdang Perdana
20. Sdri Santheya Gopalan, Hong Leong PJCity
21. Sdri Noraliza Mohamad Razali, Hong Leong PJCity
22. Sdra Saravanan Krishnasamy, Hong Leong PJCity
23. OCBC Bank, Ampang
24. Jabatan CLMBS HSBC Menara IQ
25. Public Bank, Taman Chi Liung Klang
26. RHB Bank, Jalan Tun Razak
27. Public Bank, Pandan Jaya
28. CIMB Bank, Jalan Bank, Kuantan
29. OCBC Bank Kuantan
30. Public Bank, Kuantan
31. AJK KLSP Sdra Mohd Fauzie Mohd Yusof
32. AJK KLSP Sdri S Ratneshwary
33. AJK KLSP Sdra B. Balapragash
34 AJK KLSP Sdri A. Karuna dan ahli keluarga
Master Dr. Varatharaju Sinnadurai pengelola Transit Home Karunai Illam bersyukur atas keprihatinan NUBE KLSP kerana memilih dan memberi derma kepada anak-anak yang amat memerlukan perhatian dan sumbangan.
Tidak ketinggalan, Solomon mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada AJK KLSP terutamanya Sdra S. Ratnesh yang telah banyak berusaha untuk Majlis ini serta menyediakan makanan tengahari, masakan sayuran (vegetarian) bersama SUA NUBE KLSP Sis A. Karuna.
Solomon juga mengucapkan terima kasih kepada AJK dan staf NUBE seperti Sdra Yushamizan Yusoff, Saifulizan Hajidan, Mohd Rahmat Abd Hamid, Mohd Faisal Husin, Mohd Fauzie Mohd Yusof, B. Balapragash, Muhamat Yusri Muhamat Basie, Sdri A. Karuna dan Sdra Michael Thomas yang juga telah membantu menjayakan Sambutan Majlis Hari Raya Deepavali NUBE KLSP.