Pada 11 November 2022, NUBE Ipoh telah mengatur pertemuan dengan ahli dari Consumer Contact Centre, CIMB dari seluruh Perak.
Setiausaha Cawangan, Bro Edwin Salomon mempengerusikan mesyuarat dengan dibantu oleh AJK NUBE Cawangan Ipoh, Bro Zubir Ahmad, Bro Nasirudin dan Bro Gobiraj.
Dalam perjumpaan itu, ahli-ahli telah diberi pencerahan tentang isu-isu yang dihadapi oleh ahli-ahli dan diikuti dengan sesi dialog dengan Pegawai Kesatuan.
Semua ahli gembira dan mengucapkan terima kasih kepada Pegawai-pegawai Kesatuan kerana mengadakan pertemuan yang bermanfaat.