Sambutan Majlis Hari Deepavali yang dianjurkan oleh NUBE Ipoh telah berlangsung dengan jayanya pada 11 November 2022. Majlis tersebut telah diadakan di Pejabat Cawangan NUBE Ipoh.
Setiausaha Kehormat Cawangan, Bro Edwin Salomon merasmikan majlis tersebut dengan ucapan.
Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli-ahli dari pelbagai bank dalam Perak.
Pelbagai jenis juadah telah dihidangkan sempena Perayaan Cahaya ini.
Semua ahli gembira dan mengucapkan terima kasih kepada NUBE Ipoh kerana mengadakan Majlis tersebut.