Berpegang pada slogan Quality Union, Quality Life, program hari kedua dimulakan seawal 6.30 pagi dimana para peserta telah bersama sama menyertai 'morning walk' di sekitar Persiaran Gurney. Antara matlamat 'morning walk' ini untuk memastikan para peserta faham bertapa pentingnya amalan gaya hidup yang sihat. Bak kata pepatah apabila badan cergas, minda pun cerdas.
Para peserta juga, diberikan satu peluang keemasan untuk belajar cara 'brain storming'. Kaedah ini membolehkan peserta memahami cara mencari jalan penyelesaian dalam setiap situasi yang mereka hadapi di tempat kerja.
Kita sering dengar pepatah “Tuntutlah ilmu setinggi mungkin dan amalkan sehingga menjadi sempurna”. Para peserta juga turut didedahkan secara teori dan amali berkaitan, selok belok membela ahli disamping menghormati hak majikan.
Sebanyak 4 situasi dari kisah benar telah dijadikan sebagai tugasan untuk para peserta berlatih dalam 'role play'. Ia dijadikan sebagai asas mempelajari cara cara mengatasi pelbagai isu di tempat kerja dan perbincangan dengan pihak pengurusan.
Para peserta sangat bersemangat dan bersungguh mengambil bahagian dalam perbincangan apabila membentangkan pandangan mereka.
Ketua Tenaga Pengajar Kebangsaan NUBE Sdri A. Karuna bersama tenaga pengajar, Sdra Chee Yeeh Ceeu dan SdraYushamizan Yusof banyak berkongsi pengalaman, pelbagai petua, idea dan strategi untuk menegakkan hak pekerja di tempat kerja.
Sekali lagi permainan Solidariti yang dirangka oleh Biro Pendidikan NUBE NR- PKP telah diadakan.
Sesi hari kedua diakhiri dengan tayangan filem berjudul 'The Burning Season' yang mengisahkan perjuangan seorang aktivis kesatuan sekerja yang bernama Chico Mendes yang membela masyarakatnya demi sekuriti pekerjaan mereka serta memahami kaitan kapitalis dan masyarakat yang terdiri daripada sebilangan besar pekerja.
Syabas buat semua peserta kerana sangat komited dan serta dalam memastikan matlamat serta objektif kursus ini tercapai.