Pada 25 November 2022, NUBE Ipoh telah mengunjungi ahli-ahli di Consumer Contact Centre, CIMB Greentown, Ipoh.
Setiausaha Agong, Bro J Solomon bersama Setiausaha Cawangan, Bro Edwin Salomon, AJK NUBE Cawangan Ipoh, Bro Zubir Ahmad dan Nasirudin turut serta dalam mesyuarat tersebut.
Dalam perjumpaan itu, ahli-ahli telah diberi pencerahan tentang isu-isu yang dihadapi oleh ahli-ahli dan diikuti dengan sesi dialog dengan Pegawai Kesatuan.
Semua ahli gembira dan mengucapkan terima kasih kepada Pegawai-pegawai Kesatuan kerana mengadakan pertemuan yang bermanfaat.