Pada 25 November 2022, NUBE Ipoh telah mengatur pertemuan dengan ahli dari Consumer Contact Centre, CIMB dari Perak.
Setiausaha Agong, Bro J Solomon bersama Setiausaha Cawangan, Bro Edwin Salomon, AJK NUBE Cawangan Ipoh, Bro Zubir Ahmad, Bro Nasirudin, Bro Thiagarajan dan Bro Gobiraj turut serta dalam mesyuarat yang di adakan di pejabat NUBE Ipoh.
Dalam perjumpaan itu, ahli-ahli telah diberi pencerahan tentang isu-isu yang dihadapi oleh ahli-ahli dan diikuti dengan sesi dialog dengan Pegawai Kesatuan.
Semua ahli gembira dan mengucapkan terima kasih kepada Pegawai-pegawai Kesatuan kerana mengadakan pertemuan yang bermanfaat.