Delegasi Coalition Against Multiplicity of Unions (CAMU) yang diketuai oleh Pengerusinya, Sdra Rudy Rusly bersama barisan Seketariat, iaitu Sdra J Solomon, Sdra Zul Thye, dan Sdra Nadarajan, Sdra Ismail Ali – AJK CAMU, telah mengadakan perjumpaan bersama YB Senator Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Bin Yatim di bangunan Parlimen. Turut hadir Tuan Syed Shahir Syed Mohamud, mantan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
Pihak CAMU mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada YB Senator Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais kerana sudi meluangkan masa hampir sejam untuk menerima kunjungan pihak CAMU dan mendengar penjelasan berkenaan permohonan untuk mengkaji semula berkenaan RUU Akta Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022 D.R. 12/2022 yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2022.
YB Senator Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais memandang berat isu isu dibangkitkan oleh CAMU dan akan membawa RUU Akta Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022 ke mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus,Integriti dan Rasuah (TIA) terlebih dahulu sebelum dibentangkan di Dewan Negara.
CAMU amat menghargai dan menyanjung tinggi usaha dan komitmen YB Senator Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais untuk berjumpa dengan CAMU,sekali gus memahami keluh resah warga pekerja Malaysia.