Seminar ini telah dianjurkan oleh NUBE KT pada 16 dan 17 Disember 2022 di Dungun Escape Resort dengan dengan jayanya.
Seramai 16 orang peserta dari daerah Kemaman , Dungun dan Kuala Terengganu telah menyertai seminar ini yang dikelola oleh tenaga pengajar NUBE, Sdri A. Karuna, juga Penolong Setiausaha Agong dengan dibantu oleh Sdra Wan Mohd Affendi bin Husain, Setiausaha Kehormat NUBE KT dan Naib President NUBE.
Kursus asas ini memperkenalkan NUBE kepada ahli ahli yang baru menyertai kesatuan , bak kata pepatah “tak kenal maka tak cinta”.
Lazimnya kita melahirkan para pemimpin kesatuan daripada seminar sebegini , bila dikenal pasti mereka akan diberi bimbingan menjadi ahli dengan erti kata sebenar; semoga menjadi pemimpin yang berwibawa.
Peserta berpeluang pada waktu petangnya bersiar di tepi pantai sambil merehatkan minda dan menikmati alam ciptaan Allah.
Seminar telah berakhir dengan sesi soal jawab di antara peserta, AJK NUBE KT dan Sdri A. Karuna.
Jutaan terima kasih juga diucapkan buat NUBE ibu pejabat, AJK zon Dungun dan Kemaman iaitu Sdra Rosdi dan Shamsul serta AJK yang terlibat dalam memastikan program berjalan dengan lancar.
Tahniah juga diucapkan kepada semua para peserta yang telah berjaya di Seminar ini.
Semoga semangat Kesatuan NUBE telah dipupuk di hati semua peserta.
##