Alhamdulillah, segala puji penuh kesyukuran ke hadrat ILAHI kerana dengan limpah izin dan rahmatNya, dapat kita bersama-sama di Majlis Sambutan Majlis Krismas NUBE KLSP 2022 yang penuh harmoni dan warna warni.
Setiap Majlis NUBE KLSP adalah lambang persepaduan dan keserasian yang disemai bersama Keluarga NUBE.
Majlis Krismas kali ini adalah bersama Rumah SVP Klang yang amat memerlukan
sumbangan dan bantuan untuk menjalani kehidupan yang selamat dan sihat setiap hari. Seramai 25 orang anak-anak bersama dengan Penjaga mereka telah hadir ke Majlis Krismas NUBE KLSP 2022.
Kehadiran Santa Claus membawa seribu satu reaksi teruja di muka setiap kanak-kanak serta ahli NUBE. Kegembiraan dan keseronokan melihat Santa Claus dengan beg hadiah beliau dan bermain dengan kanak-kanak dirasai bukan sahaja oleh kanak-kanak Rumah SVP Klang, malah juga semua ahli-ahli NUBE dan anak-anak mereka.
Kanak-kanak Rumah SVP Klang juga telah menghiburkan kami di Majlis Krismas KLSP 2022 dengan persembahan nyayian dan tarian mereka sehingga membangkitkan jeritan teruja daripada semua para hadirin.
Pengerusi NUBE KLSP, Sdra J Solomon dalam Ucapan beliau menyatakan bahawa "Krismas bukanlah ertinya wang ringgit. Ertinya adalah pengorbanan, kasih sayang dan perikemanusiaan".
Oleh itu NUBE KLSP berpegang kepada prinsip memberi perhatian kepada mereka yang amat memerlukannya dan berkongsi ikut kemampunan kita bersama mereka supaya mereka pun dapat menghayati kasih sayang dan perikemanusiaan dan akan berkongsi nilai murni ini dengan orang lain apabila mereka dewasa nanti", kata Solomon.
Beliau juga akhiri ucapan dengan berpantun...
Domba Makan Padang Lalang
Terbang Tinggi Burung Kutilang
Saat Krismas Datang Menjelang
Semoga Kita Terus Gemilang
Datang Petani Membawa Ikan
Habis Keramas, Matanya Ngeliyer
Izinkan Kami Untuk Ucapkan
Merry Chrismat dan Happy New Year
NUBE KLSP menghargai jasa baik Pengelola Rumah SVP Klang Sdra John Chong dan Sdra V K Robert kerana memberi kami peluang untuk menunaikan hajat kami memberi kepada anak-anak Rumah SVP Klang.
AJK NUBE KLSP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua Ahli NUBE KLSP mahu daripada Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang yang telah memberi sumbangan serta yang hadir bersama untuk menjayakan Majlis ini serta memberi sumbangan kepada anak-anak Rumah SVP Klang yang amat memerlukan perhatian kita bersama, sebagai Rakyat Malaysia.
Terima kasih khas kepada Sis S. Ratneshwary yang telah berusaha bersama AJK yang lain untuk menjayakan program ini.