Sambutan Krismas dan Tahun Baru anjuran NUBE Perak telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Disember 2022. Majlis telah diadakan di Pejabat NUBE Cawangan Perak.
Setiausaha Cawangan, Bro Edwin Salomon merasmikan majlis tersebut dengan ucapan. Majlis dimeriahkan dengan lawatan mengejut Sdra J Solomon, Setiausaha Agung NUBE Malaysia.
Kira-kira 120 ahli dari pelbagai bank di Perak menghadiri sambutan yang meriah itu dan pelbagai jenis juadah telah dihidangkan.
Semua ahli gembira dan berterima kasih kepada NUBE Perak kerana mengadakan majlis tersebut.