NUBE NR-PKP Georgetown, 23 Disember 2022. Seramai lebih kurang 100 ahli dari Penang Kedah dan Perlis berserta Bekas Pemimpin NUBE NR-PKP dan anak anak kecil telah menghadiri program Gets Together sempena perayaan Hari Krismas yang diraikan setiap 25hb Disember di NUBE NR-PKP House.
Majlis anjuran Kepimpinan Sayap Wanita NUBE NR-PKP dimulakan dengan ucapan alu aluan oleh Ketua Sayap Wanita Sdri Harinder Kaur Outum Singh dimana beliau mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan, panduan dan kepercayaan yang tidak berbelah bagi diberikan kepada Sayap Wanita oleh barisan Pemimpin NUBE NR-PKP yang diketuai Sdra Abdul Jamil Haji Jalaludeen.
Majlis diteruskan dengan ucapan pembukaan oleh Pengerusi Cawangan NUBE NR-PKP Sdra Abdul Jamil Haji Jalaludeen. Sdra Abdul Jamil menyatakan beruntungnya kita rakyat Malaysia yang hidup berbilang kaum, agama dan bangsa, serta dapat berkongsi kegembiraan dan meraikan setiap perayaan bersama. Ianya bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim malahan menguatkan lagi semangat solidariti antara setiap ahli.
Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baru 2023 dan berterima kasih kepada Sayap Wanita NUBE NR-PKP yang diketuai Sdari Harinder Kaur yang menjayakan majlis dengan gemilangnya dan tidak dilupakan Uncle Santa iaitu Sdra Cheng Alvin turut memeriahkan majlis ini.
Sejurus ucapan pembukaan oleh Sdra Jamil, semua barisan sekretariat dan bekas pemimpin NUBE NR-PKP dijemput untuk upacara pemotongan kek.
Ho! Ho! Ho! Kedengaran suara Santa Claus yang memberi kejutan kepada anak - anak kecil yang turut menjadi penyeri majlis gets together semalam. Tambahan pula Santa telah berikan pelbagai hadiah yang menarik buat mereka. Majlis diteruskan dengan jamuan makan malam dan persembahan bersama anak anak kecil yang di ketuai oleh Setiausaha Kehormat NUBE NR-PKP Sdra Chee Yee Ceeu.
Majlis Gets Together menjadi lebih manis apabila satu figura yang amat dinantikan hadir di penghujung majlis. Kami di NUBE NR-PKP amat berbesar hati dengan kunjungan Setiausaha Kehormat NUBE Malaysia Sdra J. Solomon yang tetap hadir walaupun beliau baru selesai majlis sambutan Krismas di Cawangan Ipoh dan bergegas ke cawangan NR-PKP untuk meraikan bersama ahli di sini. Ternyata beliau merupakan seorang pemimpin yang berjiwa besar yang sentiasa mengotakan janji beliau. NUBE NR-PKP sentiasa bersama dan menyokong kepimpinan beliau.
Datang Petani Membawa Ikan,
Habis Keramas, Matanya Ngeyelir,
Izinkan Kami Untuk Ucapkan,
Merry Krismas dan Happy New year.
Majlis diakhiri dengan pantun 4 kerat yang disampaikan oleh Sdra J. Solomon dan penyampaian hamper buat beliau Sempena sambutan Krismas oleh Pengerusi NUBE NR-PKP Sdra Jamil.
NUBE NR-PKP sekali lagi mengucapkan Merry Christmas and Happy New Year.