Pada 27 Januari 2023, NUBE Ipoh telah melawat ahli di Maybank Selama, Bank Islam, Parit Buntar, CIMB, Parit Buntar, Hong Leong Bank, Parit Buntar, Maybank, Parit Buntar, Bank Muamalat Parit Buntar, RHB, Parit Buntar dan akhirnya mengadakan mesyuarat di Public Bank Parit Buntar.
Setiausaha Cawangan, Bro Edwin Salomon, bersama-sama Bro Zubir Ahmad, Naib Pengerusi Cawangan dan Bro Nicholas Quah, Bendahari Cawangan, turut serta dalam mesyuarat tersebut.
Dalam perjumpaan tersebut, ahli-ahli telah diberi pencerahan tentang isu-isu yang dihadapi oleh ahli-ahli dan diikuti dengan sesi dialog dengan Pegawai Kesatuan.
Ahli-ahli melahirkan rasa gembira dan terima kasih kepada pegawai kesatuan kerana mengadakan mesyuarat yang produktif.