Dalam hidup, banyak jalan bisa yang kita pilih, banyak tujuan hidup bisa yang kita lalui untuk keberlangsungan diri kita, namun baik buruknya tujuan tersebut, itu yang akan berdampak pada diri kita di kedepannya.
Sebaik-baiknya tujuan kita, yang paling penting adalah untuk mengutamakan yang “benar” dan “betul”, terutamanya di tempat kerja, kerana di situ lah kita meluangkan lapan jam atau lebih, sehari.
Permulaan belajar sesuatu yang baru bukanlah hal menyenangkan. Banyak adaptasi yang perlu dibuat dengan teman-teman baru, topik baru dan sistem mendapatkan hak kita, sebagai ahli NUBE.
Ahli-ahli NUBE dari Pahang Darul Makmur yang menyertai Seminar Grassroot NUBE KLSP, telah menerajui cabaran hadiri Seminar ini untuk menyelami prinsip dan falsafah pergerakan kesatuan sekerja dan intipati mempertahankan hak ahli-ahli NUBE di tempat kerja.
Mereka telah memahami pentingnya bertindak sebalik membiarkan air mata jatuh ke perut dan
takkan pasang selalu, di mana surut senantiasa.
Para fasilitator mendorong ahli-ahli untuk mula menggunakan ilmu yang baru dikecapi itu supaya sedikit-sedikit teku, lama-lama jadi bukit NUBE yang besar di negeri Inderapura demi kesinambungan usaha memupuk kesedaran hak di tempat kerja serta kebebasan daripada ugutan, gangguan, penganiayaan dan diskriminasi yang berlaku di tempat kerja.
Seramai 16 orang daripada Seminar NUBE KLSP yang terdahulu turut menyertai Seminar ini untuk menggalak dan memberi motivasi kepada
peserta Seminar ini.
Ia merupakan pengalaman yang berjaya dan memuaskan untuk para peserta, bekas peserta Seminar, para fasilitator dan NUBE KLSP secara keseluruhannya.