01 February 2023 - Ahli Jawatankuasa Cawangan Sdr Abdul Ghani bersama Ahli Jawatankuasa Kerja , Sdr Shukri telah membuat lawatan kerja ke Bank Islam Bandar Perda, UOB Sri Rambai & Cimb Bank Sri Rambai, Bukit Mertajam.
Ahli Jawatankuasa telah berjumpa dengan ahli-ahli dengan memberikan informasi serta perkembangan perbankan serta menyeru ahli-ahli untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan NUBE.
Ahli-ahli NUBE berpuas hati dengan informasi terkini dan berbesar hati menerma kunjungan Ahli Jawatankuasa ke Cawangan mereka.