Kangar - 3 Februari 2023 - NUBE Northern Region telah dijemput menghadiri Mesyuarat Tahunan CIMB Kangar. NUBE telah diwakili oleh Ketua Zon, Sdr. Hj. Mohamad Ilyas, Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja NUBE Sdr. Abdul Manan, Sdr. Zaini Halidan & Sdr. Mohd Fariq.
Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan keharmonian industri antara ahli-ahli dan pengurus, hak-hak asas sebagai ahli NUBE, pentingnya supaya semua ahli bersatu di cawangan dan beberapa isu berkenaan perjanjian bersama.
Tahniah diucapkan kepada barisan IRC yang dipilih. Semoga dapat menjalankan tugas untuk memastikan keharmonian di cawangan.