Setiausaha Agung NUBE, J Solomon menyambut baik keputusan Mahkamah Perusahaan yang mengarahkan dua ahli NUBE itu dikembalikan ke jawatan asal mereka.
Kedua-dua ahli, Sarimah Awang Senik dan T. Sethupathy telah dipecat oleh HSBC Bank kerana menyertai aktiviti Kesatuan Sekerja yang sah, lanjutan daripada pertikaian perusahaan yang diisytiharkan terhadap HSBC Bank pada 2019.
Dengan rahmat Yang Maha Kuasa, kita berjaya dalam usaha berpegang kepada keadilan.
Keputusan ini adalah sinar harapan bagi kesatuan-kesatuan sekerja dan ahli mereka yang berdepan dengan hak asasi manusia kesatuan sekerja diinjak-injak secara terang-terangan.
NUBE mengucapkan terima kasih kepada setiap ahli yang menyokong dan telah menyertai tindakan perusahaan kita.
NUBE berdiri teguh dan berani berjuang dalam ujian ini dengan kepercayaan serta keyakinan bahawa keadilan akan terbukti unggul, dan ini telah menjadi kenyataan.
Terima kasih sekali lagi kepada semua.
Kami akan membawakan maklumat lebih lanjut dalam waktu terdekat.