Pada 9 Febuari 2023, NUBE Ipoh telah melawat ahli di RHB Kuala Kurau, Public Bank Tanjung Piandang, RHB Bagan Serai, Maybank Bagan Serai, Public Bank Bagan Serai dan akhirnya mengadakan mesyuarat di Bank Islam Bagan Serai.
Setiausaha Cawangan, Bro Edwin Salomon, bersama-sama Bro Zubir Ahmad, Naib Pengerusi Cawangan dan Bro Nicholas Quah, Bendahari Cawangan, turut serta dalam mesyuarat tersebut.
Dalam perjumpaan tersebut, ahli-ahli telah diberi pencerahan tentang isu-isu yang dihadapi oleh ahli-ahli dan diikuti dengan sesi dialog dengan Pegawai Kesatuan.
Ahli-ahli melahirkan rasa gembira dan terima kasih kepada pegawai kesatuan kerana mengadakan mesyuarat yang produktif.