15 Februari 2023, Vouk Hotel,Georgetown, Pulau Pinang - NUBE NR-PKP telah menganjurkan Advance Level seminar bagi memperlengkapkan para ahli supaya berdaya pemimpin serta menjadi duta kesatuan kepada rakan sekerja mereka untuk mengadapi cabaran di Industri Perbankan masa kini.
Seminar yang akan berlangsung selama 4 hari (15 Feb sehingga 18 Feb) ini dikendalikan oleh Ketua Tenaga Pengajar Kebangsaan NUBE Sdri A Karuna dan turut dibantu oleh Sdr Yushamizan B Yusoff serta Sdr Chee Yeeh Ceeu. Seramai 30 Jawatankuasa Penyelaras (IRCs) dari seluruh Penang, Kedah dan Perlis menghadiri seminar ini.
Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen, selaku Pengerusi Cawangan NUBE NR-PKP merangkap Timbalan Presiden NUBE Malaysia telah membuat ucapan pembukaan di mana beliau menekankan pentingnya ilmu dan solidariti dalam satu kesatuan. Secara amnya Advance Level Seminar akan melahirkan lebih ramai pemimpin yang berkaliber dalam memartabatkan lagi kesatuan sekerja.
Beliau juga menyarankan supaya para peserta mengambil peluang ini untuk memanfaatkan diri dengan ilmu kesatuan dari tenaga pengajar yang sangat berpengalaman.
Sesi dimulakan dengan mengimbas kembali ilmu yang dipelajari di seminar intemediate yang lepas, dan sejurus itu para ahli diberi peluang untuk bercakap di hadapan dalam sesi 'Public Speaking' dimana ianya untuk membina keyakinan dan semangat kepimpinan IRCs bila berdepan dengan ahli dan juga majikan.
Di penghujung hari pertama, para peserta juga turut mengambil bahagian secara aktif dan 'think out of the box' dalam acara team building yang dirangka oleh Ahli Jawatankuasa Biro Pendidikan NUBE NR PKP iaitu Sdri Siti Haryati Kamal dan Sdr Mohamad Rizal Othman.