Hari ketiga seminar menjadi lebih rancak dan panas dengan aktiviti 'role play' para peserta untuk sesi siasatan dalaman.
Banyak ilmu dan kupasan yang lebih mendalam telah di kongsi oleh Sdri A. Karuna sepanjang 'role play' dijalankan.
Sebelah malamnya, sesi lebih santai iaitu talent time yang dihoskan oleh DJ NUBE NR-PKP Bro Shukri Abdul Hamid telah diadakan. Tak dinafikan ahli NUBE NR-PKP mempunyai banyak bakat terpendam. Antara persembahan adalah sketsa, boria, nyanyian dan tarian.
Hari keempat pula dimulakan dengan senaman pagi yang diketuai oleh Sis Mary. Sejurus itu kelas dimulakan dengan sesi penggulungan oleh Sdra Yushamizan dan diikuti oleh Ketua Tenaga Pengajar Kebangsaan NUBE Sdri A. Karuna.
Sdri A. Karuna juga menyempurnakan sesi penutup dan sesi dialog bersama Pengerusi Cawangan NUBE NR-PKP Sdra Abdul Jamil Haji Jalaludeen dan juga barisan kepimpinan Sekretariat NR-PKP. Dalam ucapan beliau Sdri A. Karuna menyeru dan mengingatkan bertapa pentingnya semangat solidariti yang perlu kita terapkan setiap masa demi memartabatkan kesatuan kita iaitu NUBE. Sdra Abdul Jamil merakamkan ucapan jutaan terima kasih buat Tenaga Pengajar Kebangsaan NUBE yang sudi hadir dan meluangkan masa dalam mencurahkan ilmu kepada ahli-ahli NUBE NR-PKP dan tidak lupa juga buat semua ahli yang sangat komited sepanjang seminar berjalan.
Sebelum majlis penyampaian hadiah untuk aktiviti berkumpulan dan perserta wanita dan lelaki terbaik sepanjang seminar. Sdra Muhammad Muntasyer Bin Zambary telah mendeklamasikan sajak bertajuk PERPADUAN DALAM KESATUAN.
Sdri Noor Adzreena Binti Mohd Radzuan dan Sdr Mahathir Bin Shuhaimi dinobatkan sebagai peserta wanita dan lelaki terbaik.
Pemenang aktiviti berkumpulan :-
Tempat 1 : Warriors ( Bro Det, Bro Manan, Sis Maligha, Sis Siti dan Sis Diyana)
Tempat 2 : Shark Do Do (Bro Syah, Bro Tasyer, Bro Salman, Sis Aslina, dan Sis Ruziana)
Tempat 3 : Simba ( Bro Dasly, Sis Mun, Sis Zuzu, Sis Zaza, Sis Mas dan Sis Joelyn)
Tempat 4 : Royal Eagle ( Bro Razizi, Bro Yus, Sis Mary, Sis Hanim dan Sis Veni)
Tempat 5 : Nindia Sempoi ( Bro Pozi, Bro Izhar, Bro Chan, Sis Reena, Sis Atikah dan Sis Rohida)
Penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh Ketua Tenaga Pengajar Kebangsaan NUBE iaitu Sdri A. Karuna yang diiringi Pengerusi NUBE NR-PKP Sdr. Abdul Jamil Haji Jalaludeen, Setiausaha Kehormat NUBE NR-PKP Sdra Chee Yeeh Ceeu dan Sdra Yushamizan.
Jutaan terima kasih juga diucapkan buat Biro Pendidikan iaitu Sdri Siti Haryati Kamal dan Sdra Mohamad Rizal Othman dalam memastikan program selama empat hari tiga malam itu berjalan dengan lancar dan rancak.
Sebelum bersurai dewan seminar digegarkan dengan nyanyian lagu Gemuruh dan NUBE kita bersaudara.
ONE FOR ALL! ALL FOR ONE! HIDUP NUBE!