15 February 2023, Barisan Pemimpin NUBE Cawangan Ipoh, Pengerusi Cawangan Bro. Syukri Mustafa, Naib Pengerusi Bro Zubir Ahmad, Bendahari Cawangan Bro Nicholas dan Jawatankuasa Bro. Nasirudin mengunjungi MBB Hutan Melintang dan RHB Hutan Melintang.
Para Ahli telah dikemaskini dengan beberapa isu semasa yang berbangkit. Mereka juga dinasihatkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti aktiviti yang dianjurkan oleh NUBE.
Para ahli merasa berpuas hati dengan maklumat-maklumat terkini dan amat gembira dengan kehadiran para pegawai NUBE ke cawangan mereka.