Alor Setar - 21 Februari 2023: Pada hari ini, ahli-ahli Maybank Mergong, Alor Setar telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2023/2024 di Maybank Mergong.
Saudara Haji Mohamad Ilyas, Bendahari Kehormat merangkap ketua Zon 1, Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Saudara Abdul Manan, Saudara Zaini Halidan dan Saudara Mohd Syukri telah mewakili NUBE Wilayah Utara Penang/Kedah/Perlis menghadiri jemputan yang diberikan.
Ahli-ahli diberi penerangan tentang betapa pentingnya perlu menjaga perpaduan sesama ahli dan menjaga NUBE sebaik mungkin. Sokongan padu dari ahli-ahli juga amat penting demi menjayakan program-program anjuran NUBE.
Semua ahli telah dinasihatkan agar berwaspada terhadap ancaman pekerjaan di era perbankan digital dan menjaga etika pekerjaan sebaiknya.
Tahniah diucapkan kepada semua ahli-ahli Maybank Mergong & Ahli Jawatankuasa Penyelaras baru yang dikekalkan. Diharap semua ahli dapat mengekalkan perpaduan.